Wednesday

TUTORIAL WIDE SHAWL: SIMPLE STEPS ✿





 TUTORIAL WIDE SHAWL 
Wide shawl ni tak susah pun nak pakai, tapi ramai yang takut bila tengok lebar shawlnya yang besar. Sebenarnya, kelebaran shawl ni yang menjadikannya sangat fleksibel sebab kita boleh adjust panjang dan labuh shawl apabila kita pakai. Nak tau cara simple untuk pakai wide shawl? Jom ikut step dibawah 
Anda hanya perlukan 1 brooch dan 2 jarum peniti

(Ikut keselesaan anda)



1. Lipatkan shawl pada bahagian tengah untuk menjadikan lebar shawl pendek. (Adjust lipatan               mengikut keselesaan labuh shawl)

2. Sesudah letak di kepala, pastikan 1 bahagian hujung shawl lebih panjang dari yang sebelah.             Untuk tuto ni, nanad jadikan bahagian kiri pendek dari kanan. (Pilih keselesaan kiri atau kanan).

3. Kemudian, lipat sedikit kain shawl pada bahagian pipi untuk dapatkan rupa yang lebih bujur dan     pinkan.

4. Ambil bahagian kain yang panjang (bahagian kiri) dan lilitkan pada kepala sehingga sampai ke       belah kanan kepala.

5. Bagi yang memakai inner neck, boleh pinkan kain yang dililit tadi pada bahagian pipi untuk               kelihatan lebih kemas. Bagi yang memakai inner biasa, pinkan saja pada bahagian atas.
    Gunakan jarum peniti untuk nampak lebih rapi.

6. Seterusnya, ambil hujung bahagian pendek shawl dan letakkan sedikit dalam pada bahagian atas     bahu yang bertentangan. (Adjust mengikut keselesaan labuh shawl)

7. Ambil lebihan hujung shawl yang dililit tadi dan pinkan di atas kain shawl yang diletakkan pada       bahu tadi menggunakan jarum peniti.

8. Kemaskan shawl anda.

9. SIAP! Simple, cepat dan semestinya selesa.