Tuesday

CUCUR JAGUNG TANPA TEPUNG (JOM MASAK!) : Home Cook Amateur

Assalamualaikum semua, 

kat sini nanad nak share satu resepi yang memang em em emmmmmmmmmmm.......
sedap betuilahhh.... sesuai sangat buat makan-makan petang sambil minum teh panas,
juga amat sesuai kalau kita nak buat santapan ringan buat tetamu yang datang ke rumah.
Tapi semestinya resepi ini memang family oriented sangat. hehehe...
Kenapa ya? Mana taknya, resepi ni tergolong dalam adik-beradik cucur atau nanad panggil coq bak kata orang utara. kihkihkih...
Jadi, selain cucur ni sedap, bolehla kita nak celoteh sana sini dengan keluarga tersayang sambil nyupnyapnyupnyap cucur ni.

Terlampau mudah sebab kita tak guna tepung tau, kaw kaw punya jagung sahaja.
haaa percaya ke tak? Macam tak percaya kan? 
Oh ya, sumber resepi ini juga nanad refer pada tutorial abam matsalleh dari youtube ye.
nanad ada olah sikit dan nak kongsi cara pembuatannya sebab hasilnya sangat memuaskan.
Haaa jangan ingat abam matsalleh makan scones jer~
Oklah, potpet banyak sangat, jom tengok macam mana nak buat cucur jagung versi nanad. yeay!


fadzlinfarizan
chopchopchop!

fadzlinfarizan
jagung juice

fadzlinfarizan
ready, set, go!

fadzlinfarizan
siap dah mixture

fadzlinfarizan
cucurku glowinggg

fadzlinfarizan
muahahahahaha! come here bebeh


Bahan-bahan:
1. 2 tongkol jagung (dikisar butirnya)
    -tinggalkan dalam 1 senduk /segenggam butir jagung.
2. 1/2 lada benggala (dicincang) 
    -ikut citarasa, nak ganti dengan cili hidup pun tak ada masalah.
3. 2 biji bawang merah (dicincang)
4. 2 daun bawang (dipotong halus)
5. 1/2 sudu bsar serbuk paprika / serbuk cili atau dikenali dengan chilly flakes 
    -ikut citarasa, taknak pun tak apa. nanad tak guna cili hidup jadi nak rasa pedas tu nanad ganti              dengan serbuk paprika ni. Jangan risau serbuk ni ada dijual dekat supermarket.
6. 1 sudu kecil garam
7. Minyak masak

Cara-cara:
1. Potongla semua bahan-bahan yang kena gaul sekali
    (bawang, daun bawang, lada benggala & jagung yang dah diasingkan)
2. Ketepikan bahan yang dipotong and move on untuk kisar lebihan jagung sampai betul-       betul smooth bak sutera. hehehe...
    (dah nampak semua lumat & seakan berair tu boleh stop kisar.Taknak ketul-ketul besar tau)
3. Kemudian, tuangkan jagung kisar tadi ke dalam mangkuk yang berisi bahan-bahan yang     kita dah potong tu.
4. Masukkan garam dan serbuk cili
5. Gaul hingga sebati (ni la part paling nanad suka!)
6. Panaskan minyak
7. Agak-agak dan rasa haba panas tu and keluar bunyi-bunyi kling klong ting ketung ketang tong     teng dari kuali tu, dah tanda minyak betul panas, so bolehla masukkan satu demi satu        adunan cucur jagung
8. Bila dah nampak cucur kita perang golden berkilau tu boleh la kita angkat.
9. Voila! Siaplah cucur jagung. Dah boleh p cicah sos cili ramai-ramai

Senang kan?
Lepasni kalau pergi supermarket ke pasar tani ke gerai tepi jalan jual jagung bolehla beli banyak-banyak. Takla nak blur sangat fikir nak masak apa dengan jagung ni selain jagung kukus dengan jagung bakar iye dokk?



"Sekarang boleh kasi chance kat cik jagung nak jadi star, selalu asyik pisang je kan? kihkihkih..."


SELAMAT MENCUBA!

Yours truly,
Nanad
(28/07/2015)